Jumaat, 1 Jun 2012
ayoh ):
Ya Allah,
Apelah aku dah buat sepanjang aku hidup ni. kenapalah aku sia sia kan hidup aku sepanjang 20 tahun aku bernafas & hidup.
aku sayang ayah aku. aku kesian kan ayah punyai anak seperti aku. bukan salah ayah, aku begini. ayah banyak membantu aku dan tak pernah putus asa untuk menjadikan aku manusia berguna. walaupun kadang-2 sikap aku memang mengecewakan ayah.
ayah memang suka marah-2 tapi dari apa aku perhatikan, ayah marah pada perkara yang memang reasonable. ayah pelihara aku dari kecik sampai sekarang. ayah banyak habiskan duit untuk anak-2 dia. walaupun ayah sendiri takdelah senang mana.
ayah, banyak dah bersusah payah demi keluarga. Ina tahu ayah banyak lagi masalah lain selain keluarga yang perlu ayah handle. tapi ayah selalu utamakan dulu keluarga. ina minta maaf ayah.
ayah bukan nya datang dari keluarga susah, tapi sekarang hidup ayah di uji sangat dengan Allah. ayah bukan nya budak kampung yang tak mampu untuk ke sekolah, bahkan ayah melanjutkan pelajaran sampai ke UK. ayah juga pernah jadi antara best student sekolah dan uitm. Hebatnya ayah kan.
ayah di uji lagi, saya tak seperti ayah. tak sehebat ayah dalam study. macam mana lah agaknya ye ayah handle dengan perangai anak2 ayah yang contra dengan ayah dan cara kehidupan ayah yang dulu? hmm
bahkan, kawan kawan ayah telah di kurniakan rezeki dari segi harta melimpah ruah walaupun ayah lebih hebat daripada mereka. bagai mana agaknya ayah menghadapai semua ini? menghadapi semua ujian dan dugaan. walaupun ayah sempoi cakap ''takpelah, Allah bagi ayah banyak rezeki juga - rezeki anak yang tak ternilai dengan wang ringgit''
saya panggil ayah saya ayoh. his name is Zaidi. i love you much my beloved ayoh.
it aint easy membesarkan anak perempuan, trust me.
kadang ina tak bersyukur dengan apa yang ina dapat dan terima dari ayoh. ina jadi lalai. kadang ina terkasar dengan ayoh. kadang ina menipu ayoh. ina rasa bersalah sangat. ina segan na minta maaf. ina cuma mampu menahan dalam hati supaya tak buat lagi.
ina nampak semua pengorbanan ayoh selama ni, ina tanak semua tu jadi sia sia. selagi belum terlambat ni, ina janji ina akan hadiahkan sesuatu untuk ayoh nanti.
orang luar takan dapat protect kita sama macam ayoh. orang luar tak sayang kite macam ayoh sayang anak dia. orang luar tak peduli kalau dia rosak kan kita sebab kite takde kaitan dengan dia. orang luar hanya tahu ambil kesempatan.
orang luar tidak pernah ambil peduli tentang penat lelah kedua ibu bapa kite untuk membesarkan kita. apa yang mereka tahu hanyalah sesuatu yang mendatangkan benefit untuk mereka. selfish sungguh orang luar. hati nya juga busuk.
mereka kejam pada diri kita dan kedua ibu bapa kita jika mereka mengapa-apakan pada anak kepada insan yang bergelar ibu bapa.
walaupun saya bukan lah hamba yang baik kpd Allah dan anak yang baik. akan masih ada tempat bagi orang yang bertaubat dan berazam untuk berubah, Insyallah.
Ya Allah, sekiranya aku lalai dan alpa dengan dunia pada masa akan datang. Ampunilah dosa-dosa ku dan senantiasalah memberikanku peringatan, hidayah serta rahmat-Mu.
Cintailah Allah dan kedua ibu bapa kita lebih dari apa pun.
aku hanya insan yang kerdil
I LOVE YOU 12:35 PG